live chat

Pesan Ustaz Haron Din

Saturday, April 11, 2009 / /

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara
yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi
dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah
persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu
serta pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala...
dan melawatnya juga adalah haram.. "

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan
tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu...
Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu...
Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang
tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...



Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada
Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat
walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan
mengampunkan orang itu..."

dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi
jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita
juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini
ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan...
" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala
kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna
sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. "

Menurut beliau... Nama perlis ini juga menda tan gkan dosa syirik...
Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang
telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud...
iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ...
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA
ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala
maklumat diatas kepada kawan2 sekalian.... .

Labels:

0 comments:

Post a Comment

sila beri komen anda

Check Page Rank of any web site pages instantly:
This free page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service